Assalamualaikum,
Hai! kepada semua warga internet (Netizen), salam persahabatan dari saya. Anda boleh panggil saya Deez saja.
Saya sebenarnya sudah sekian lama mengikuti sambil mengumpulkan maklumat bagaimana untuk berinteraksi, berkomunikasi dan seterus berurusniaga di alam cyber ini, namun inilkah kali pertama saya mencuba untuk benar-benar mewujudkan satu ruang untuk membolehkan saya menceritakan pengalaman saya di samping sebagai satu ruang untuk menawarkan apa-apa juga produk atau servis yang difikirkan berguna utk orang ramai, tidak kisahlah samada nanti ianya akan saya berikan secara percuma mahupun yang berbayar.
hmm.., teruja juga dgn blog yg baru dibuat ni, walaupun ianya jenis yg PERCUMA dan dapat disiapkan dalam tempoh beberapa minit sahaja. Saya rasa masih begitu ramai diluar sana yg lebih kurang sama tahap kemahirannya spt saya (pengalaman/ skill yg kurang dlm dunia ICT). Tapi saya yakin jika ada kemahuan, tidak ada satu pun yang mustahil boleh dipelajari dan dilakukan. Untuk blog yang baru dibuat ni, kalau ada sesiapa yg masih terlalu baru dan ingin tahu cara membina blog spt ini, sila hubungi saya melalui email saya dan insyallah saya akan forward kan, teknik dan kaedah terpantas (lebih kurang 3 mint saja!) utk membina blog spt ini!
Saya berharap akan dpt berkenalan sambil bertukar-tukar pengalaman di kalangan bloggers dan pelayar2 internet, sambil berkongsi apa juga yg dpt memberikan manfaat dari alam cyber ini..
sekian.
Wassalam...
Deez.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment