Kenapa `Kreatif Niaga'? atau kenapa saya menamakan blog ini `Kreatif Niaga'?.
Sebenarnya saya adalah merupakan seorg usahawan bebas (secara offline), yang bukan sahaja menjalankan perniagaan sendiri secara bebas, tetapi juga merupakn seorang jurulatih kpd sekumpulan kecil usahawan di daerah saya. Minat yang mendalam dlm bidang keusahawanan telah membawa saya ke banyak tempat dan telah menemukan saya dgn berbagai jenis dan ragam manusia. Minat yg mendalam juga telah menjadikan seorang kaki buku dan telah menjadikan pembacaan sbg sesuatu yg wajib dlm hidup saya.
Setelah puas bergelumang dgn dunia keusahawanan secara offline, akhirnya minat saya telah mula bertukar utk menceburkan diri dlm bidang keusahawanan secara `online' pula, atau lebih tepat lagi kalau dikatakan ingin menjadi seorg usahawan internet. Malangnya saya masih agak baru dan amat kurang pengalaman dlm menggunakan berbagai kemudahan yg ada du dunia IT. Baik kata org, baru merangkak-rangkak la katakan....
Namun pengalaman sebagai seorang jurulatih dan motivator secara offline sedikit sebanyak telah membantu saya untuk bersikap lebih yakin diri dan tidak mengalah dgn kekurangan yg ada. Saya beri peluang pada diri sendiri utk membuat lebih bnyk kajian dan berikan lebih masa utk memahami bagaimana sebenarnya cara yang terbaik utk menjadi seorang usahwan internet.
Hari ini saya sudah boleh memahami serba sedikit apa sbnarnya yg diperlukan utk mnjadi sorg usahwan internet. masih terlalu bnyk yg perlu dipelajari, ttpi saya yakin dgn sdkit ketekunan dn kesabaran pasti akhirnyanya nanti saya juga akan mampu utk berdiri sama tinggi dgn org2 yg telah lebih dahulu menjana income yg hebat dari internet.
Berbalik kpd tajuk `kenapa kreatif niaga'?. Sebenarnya saya msih belum dpt menetapkan apakah jenis perniagaan yg ingin saya ceburi dlm dunia internet ini. Saya masih mncari apakah idea2 kreatif yg terbaik utk dijadikan perniagaan utama. Akhirnya saya buat keputusan utk mula dgn blog ini , di mana walaupun saya masih belum punya produk/bisnes tersendiri, tetapi saya ingin memulakannya dgn memaparkan beberapa idea Bisnes kreatif dari org lain yg mungkin boleh dikongsikan utk kebaikan bersama. khususnya org2 yg seangkatan dgn saya - iaitu org2 yg amat-amat berminat utk memiliki bisnes sendiri di internet, tetapi masih belum berapa pasti bagaimana atau dimana nak dimulakan.
Di dalam blog ini nanti saya akan kongsikan beberapa perniagaan yang saya yakin amat baik utk `beginner', khususnya program2 affiliate.
Saya juga akan berkongsi pengalaman dan tips2 penting dlm dunia perniagaan, berdasarkan pengalaman2 lalu sewaktu mambina perniagaan secara offline.
Kepada yg berminat utk mengetahui segera, apa yg saya ketahui setakat ini sebagai org baru dlm dunia perniagaan internet, sila hubungi saya di alamat email di atas.
sekian trmkasih.
Deez...